ROBOTIK
LAGU SEKOLAH
MAJU SEMPURNA
Tersergam Indah Di Pinggir Desa
Sekolah Tuanku Ja’afar Tercinta
Harum Namamu Sentiasa Dipuja
Lahirkan Insan Bertakwa
Para Pendidik Tumpahkan Setia
Turut Segala Bimbingan Mulia
Berdedikasi Beradap Sopan
Membentuk Akhlak Teras Kemajuan
Gigih Berusaha Menimba Ilmu
Majukan Diri Ke Puncak Jaya
Maju Didunia Akhirat Jua
Sempurna Iman dan CitaAyuh Bangsaku Mari Bersama
Berpadu Tenaga Seia Sekata
Curahkan Bakti Pada Negara
Maju Sempurna Selamanya
MISI & VISI SMSTJ
MISI SMSTJ
PERNYATAAN MISI MENYEDIAKAN PENDIDIKAN TERBAIK BAGI MELAHIRKAN PELAJAR BESTARI DAN BERKETERAMPILAN MELALUI PENGURUSANDAN KEPEMIMPINAN BERKUALITI
VISI SMSTJ
PERNYATAAN VISI SMSTJ MENJADI SEKOLAH TERBILANG DI MALAYSIAMENJELANG 2015
BICARA PENTADBIR

Bismillahirrahmaanirrahim,
Assalaamualaikum warahmatullaahiwabarakatuh dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah (SWT) kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan laman sesawang sekolah ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa ICT kerana telah berjaya membina laman maya untuk sekolah ini. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat melayari Laman Sesawang Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar. Dengan adanya Laman Sesawang ini, diharapkan dapat memberi maklumat serta infomasi berguna kepada yang melayarinya tentang visi dan misi serta segala aktiviti sekolah yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di sini. Seterusnya saya ingin menyatakan bahawa ada empat pendekatan yang menjadi hala tuju SMS Tuanku Jaafar, iaitu Kecemerlangan Akademik, Kecemerlangan kokurikulum, Pembangunan sahsiah dan pembangunan EQ. Sehubungan dengan ini semua pihak termasuk warga pendidik, Staf, para pelajar serta PIBG Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar berganding bahu di dalam menjayakan hala tuju sekolah ini.
Sebelum mengakhiri kata-kata ini, ucapan penghargaan dan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi melayari Laman Sesawang Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar.
Semoga tuan/ puan mendapat maklumat daripada paparan laman sesawang. Akhir kata ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merialisasikan laman sesawang ini. Semoga Allah (SWT) memberkati usaha murni ini.
Terima Kasih.
En Adnan Bin Harun
Pengetua,
SM Sains Tuanku Jaafar.